~..Nasib Mereka Tidak Sama..~

Di kala kita bersuka ria Bersama merenung bulan purnama di keheningan malam Di saat kita mengucapkan kata-kata cinta Di ketika waktu kita bergelak ketawa Tidakkah terdetik di hati kita Insan lain harus bertarung nyawa hanya untuk mendapatkan sesaat nafas Insan lain terpaksa bertarung maut demi pertahankan maruah agama Demi menjaga nama bangsa kita Pernahkah kita sedari bahawa semua milik kita hanyalah sementara Harta, pangkat dan nafsu menjadikan perjuangan kita terbatas.

Tidak terdetikkah kita betapa merananya mereka Mungkin pada zahirnya semuanya nampak kuat Namun di hatinya siapa yang rasainya? Mereka membungkus kesedihan lalu dicampakkan ke seberang Agar mereka bisa berjihad fisabilillah Tiada yang dapat memusnahkan azam mereka Sehingga titisan darah yang terakhir Mereka melaungkan kalimat agung Kalimah ALLAHUAKBAR!!! Sehingga bergetar seluruh jiwa raga Sedarkah kita nasib mereka tidak seperti kita Kita bermewahan Mereka hanya berbumbungkan langit Berlantaikan bumi Bertingkapkan angin yang bertemankan debu Mengapa sukar sekali untuk kita bangun hanya untuk menyembah Allah? Sedang mereka sanggup menyembah Allah sedang dalam keperitan Sedang dalam kelaparan Dalam peperangan yang jauh sekali akan tamat.

Sedarlah insan Nasib mereka tidak serupa kita Doakan mereka Kirimkan kata-kata semangat buat mereka!!!

Renungkan hadis ini:

Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat Islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan). Seorang sahabat bertanya: "Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu Ya Rasullah?" Baginda menjawab bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha' (sampah sarah dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit AL-WAHN." Seorang sahabat bertanya pula, Ya Rasullah, apakah itu AL-WAHN?" Jawab Rasullah: "cinta kepada dunia dan takut mati." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Umat Islam semakin lemah pegangan akidahnya, maksiat berleluasa, gejala pembuangan bayi seperti sudah menjadi kebiasaan selepas terlanjur,sembahyang di pandang remeh (mudah untuk ditinggalkan dan melewat-lewatkan solat), lebih mementingkan nikmat dunia yang sementara dari akhirat, mulut mudah untuk bercakap perkara yang sia-sia dan perkataan yang tidak manis didengar dari melafazkan zikir kepada Allah sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang tidak terhitung oleh kita, aurat tidak ditutup dengan baik mengikut Islam dan lain-lain lagi... Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat..

Rakyat Palestin menyambut ramadhan dalam suasana yang berbeza dengan kita di Malaysia ini. Pernahkan kita terfikir, jika Malaysia ini adalah Palestin??? Dapatkah kita bergelak tawa dengan sesama manusia seperti sekarang???Sama-sama kita fikirkan."Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Kita akan mengingati dan mencari Allah bila kita di dalam kesusahan, tapi semasa kita diberikan nikmat oleh Allah SWT, apakah kita bersyukur??? Ingatlah mati itu pasti. Jangan fikir kita masih muda, kita dapat hidup sehingga tua, ajal akan tiba apabila sampai masanya, sama-sama kita perbanyakkan amal dan memohon keampunan dari Allah SWT. Manfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Ramadhan adalah hadiah dari ALLAH untuk hamba-NYA iaitu kita...


ingatlah orang yg kekurangan dan kesempitan berbanding kita..dalam kita bergembira menyambut aidilfitri, tiada salahnya kite menghulurkan sedikit bantuan utk mereka.. moga mereka pon dapat bersama2 kita merayakan ari yg bahagia ini..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN..

sekian

0 penerjah sejati:

Post a Comment

 
Copyright ©
~..dear diary..~