5

~..LIMA JARI KITA..~

Sahabat-sahabat , kenapa ALLAH jadikan jari-jari kita tidak sama rata?

Pertama, jari ibu - Jari ibu ini melambangkan agama ISLAM dan IMAN. Fizikalnya, ibu jari sangat penting, contohnya, jika makan, tanpa ibu jari, maka seseorang itu akan sukar untuk makan dengan sempurna. Apatah lagi, tanpa nikmat IMAN dan ISLAM, maka manusia itu bagaikan sudah mati sebelum mati. Na'udzubillahi min dzalik..

Kedua, Jari telunjuk - mewakili 'ilmu. Analogi mudah, apabila seseorang bertanya kepada sahabat, "Di mana masjid?" Selalunya kita akan tunjuk dengan jari telunjuk.

Ketiga, Jari tengah - Ini jari nafsu.Sekarang, cuba lihat jari anda. Kelihatan "jari nafsu" ini, lebih tinggi daripada "jari ilmu". Ini bermaksud, walau hebat sekalipun ilmu agama seseorang itu, nafsu tetap mendahului. Maka , sebab itu Rasululullah S.A.W. menggalakkan umatnya mendirikan perkahwinan sesegera mungkin.

Keempat, Jari manis - Jari manis ini melambangkan pasangan yang solehah. Perhatikan lagi jari-jari anda. Jari manis dan jari telunjuk mengapit jari tengah.Ini bermakna nafsu akan terkawal kerana dikawal oleh 'ilmu yang sahih dan pendamping hidup yang soleh @ solehah.

Kelima@Terakhir , Jari kelingking atau jari anak - Dah, namanya jari anak, maka melambangkan anak-anak. :) Jika menginginkan cahaya mata yang soleh dan solehah, terlebih dahulu jadilah soleh @ solehah, insha ALLAH, ALLAH menganugerahkan kita pendamping hidup yang soleh @ solehah. Semoga ALLAH memberkati baitul muslim yang dibina dengan mujahid dan mujahidah yang comel kepada kita untuk diasuh untuk menjadi kebanggaan ISLAM.


~ Subhanallah, indah ciptaan ALLAH. Cuma perlu difikirkan oleh hambaNYA yang berfikir. Fikirlah di landasan kebenaran, berpendukan wahyu ALLAH
0

~..REMAJA MASJID CheckList iman lemah..~

Senarai Semak Tanda Tanda Iman Kita Lemah

1) Bila Buat Dosa Rase Relax Jer. Steady, Cool Control Ayu N Macho. Selamber Jer Makan Ketupat Sambil Mengumpat Cicah Rendang Daging Saudara Sendiri

2) Hati Keras Macam Batu Dan Tadak Keinginan Nak Baca Quran. Kalu Bace Harian Metro Bukan Main Jer, Tambah Tambah Lagi Harian Metro Sekarang Dah Macam Harian Seks Jer Muka Depan Dia "Gadis Sunti Dikenduri". Musti Beli!!

3) Rase Malas Nak Buat Amalan Kebaikan. Contohnya Selalu Jer Malas Nak Solat Jemaah Lepas Tu Solah Buat Lambat2 Lak, Macam La Kalu Solah Kat Umah N Lambat2 Bole Diskaun Rakaat Tu.....Huhuhu

4) Menolak Dan Tak Suka Amal Sunnah. Nak Pakai Jubah Pun Rase Macam Berjalan Pakai Suar Dalam Kat Luar, Tapi Kalu Pakai Seluar Pendek Rase Bangga Semacam.

5) Selalu Mengeluh Dan Sedih Bila Kena Musibah, Tak Puas Hati Dan Asyik Mood Marah Jer Memanjang.

6)Tak Rase Apa2 Bila Dengar Bacaan Quran, Contohnya Kalu Dengar Janji Manis Allah Tentang Syurga Tak Rase Seronok Pun(Tak Macam Bila Bos Umum Nak Kasi Bonus), Dan Tak Rasa Rungsing,Sedih N Bimbang Bila Dengar Ayat Quran Tentang Neraka Dan Seksaannya(Tak Gelisah Macam Tima Surat Saman)

7) Rasa Liat Nak Ingat Allah Terutamanya Nak Berzikir. Kalu Nyanyi...Huh 5, 6 Juzuk Lagu Bole Abis Sehari...

8) Tak Rase Sedih Bila Ade Orang Langgar Perintah Allah. Peerrhh Nak Sedih Apa...Pergi Beli Lak Tv Tgok Orang Langgar Perintah Allah Hari2 Seluruh Dunia Dalam Umah Kita, Siap Tukar2 Channel Sambil Makan Nasi Dan Bergelak Ketawa Depan Tv.

9)Suka Status Dan Kekayaan. Kononnya Dengan Adenya Harta Bole Lak Lebih Sedekah, Senang Buat Amal. Pi Raaahhh Berapa Banyak Kete Mewah Parking Kat Masjid Time Subuh?

10) Cinta Pada Harta, Takut Bercerai Dengan Harta. Ish...Kadang2 Sanggup Lagi Bercerai Dengan Bini Dari Bercerai Dengan Harta.

11) Suruh Orang Lain Buat Kebaikan Tapi Diri Sendiri Tadak Keinginan Nak Buat.

12) Seronok Tengok Saudara Islam Kena Musibah. Member Jatuh Longkang Pun Ketawa Berdekah Dekah, Kat Mana Yang Lawak Pun Taktau, Tang Darah Ker...Tang Sakit Ker...

13) Hanya Mementingkan Tentang Halal Dan Haram, Tapi Tidak Mengelakkan Benda Yang Makruh. Ala....Makruh Jer...Setelah Ditranslate = Ala Tuhan Benci Ajer....Uhuks..

14) Suka Duk Buat Lawak(Perli, Bahan Gurauan) Dengan Orang Yang Buat Amalan Kebaikan Yang Simple2 Macam Cuci Masjid. "Lor Kutip Taik Cicak Kau Yer, Sesuai La Kau Jadik Ajk Taik Cicak," Muahaaaa.... Muaahaaa.....

15) Tak Ambik Tahu Tentang Ehwal Terutamanya Tentang Pupusnya Amalan Agama Orang Muslim. "Ala Fardhu Kifayah Jer"

16)Takde Rase Tanggungjawab Nak Berbuat Sesuatu Untuk Promote Islam.

17) Takleh Handle Bila Hadapi Musibah Or Malang, Tapi Asyik Menangis Menjerit Jer Time Musibah.

18)Suka Berdebat Walaupun Takde Untung Apa2 Dan Takde Bukti Kukuh.

19) Jadik Terlampau Cinta Dan Tertarik Hati Apa2 Saje Hal Berkaitan Dunia, Sedih Bila Hilang Atau Rugi Apa2 Yg Berkaitan Dunia Sajer...Jalan Kaki Tak Pakai Tudung Relax Jer, Tapi Bila Kena Ragut Jerit Bagai Nak Rak.....

20) Fanatik Dan Taksub Dengan Diri Sendiri.

credit to: hafiz & akuhuduh-kedai-iman.blogspot
2

~..Qisas hukuman terbaik tegak keadilan..~

salam..

ingatkah lagi kita dgn kes allahyarham adik Nurin Jazlin, allahyarham along spoon, 4 sekeluarga, dan paling terbaru sebelum raya - allahyarham Datuk Sosilawati dan ustazah serta anak lelaki beliau.. semua itu adalah kes pembunuhan kejam yg dilakukan umat manusia di akhir zaman yg hilang pedoman hidup.. marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada semua mangsa.. semoga mereka dan kita semua ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amiin..


Mangsa jenayah kes bunuh berhak dapat ganti rugi, tertuduh kena balasan setimpal

Paling terbaru, kes pembunuhan kejam terbaru jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, bersama tiga yang lain, serta seorang ustazah dan anaknya mengejutkan seluruh negara ketika masyarakat Islam meraikan Aidilfitri.

Tragedi ini amat memilukan kerana jika dilihat daripada modus operandi penjenayah, mereka langsung tidak memiliki sifat kemanusiaan. Tidak dapat dibayangkan perasaan ditanggung ahli keluarga mangsa. Takziah diucapkan. Profesion guaman, perbankan dan pemandu sudah tidak lagi dilihat sebagai profesion yang selamat di Malaysia. Mungkin agak keterlaluan mengatakan sedemikian namun risiko tetap ada bagi semua profesion kerana kadar jenayah yang tinggi tidak mengenal profesion apa sekalipun. Apabila nafsu tidak dapat dikawal oleh akal dan lari daripada garis panduan ditetapkan Allah, itulah yang akan terjadi.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan: Barang siapa melakukan kesalahan membunuh orang hendaklah diseksa dengan bunuh.

Di Malaysia, pelaksanaan hukuman bunuh dibuat dengan menggantung pesalah sehingga mati. Di beberapa negara lain, hukuman bunuh dibuat dengan cara seperti menggunakan kerusi elektrik, tembak dan juga pancung di leher.

Suspek kes ini jika didapati bersalah tidak akan terlepas daripada jerutan tali gantung. Jika dituduh di mahkamah dan mereka berjaya membuktikan ada keraguan munasabah, mereka akan terlepas daripada tali gantung. Bagaimanapun, baru-baru ini ada gerakan yang mahu hukuman mati dimansuhkan di Malaysia. Gerakan itu disokong oleh Majlis Peguam. Mereka mengatakan adalah salah bagi manusia mengambil nyawa orang lain dan khuatir akan berlaku kesilapan dalam keputusan mahkamah.

Bagi kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati ini, adakah kita akan berpuas hati jika penjenayah yang disabitkan secara sah di sisi undang-undang ini hanya dihukum penjara seumur hidup saja?

Apatah lagi definisi penjara seumur hidup di Malaysia mengikut seksyen 57 Kanun Keseksaan hendaklah dikira sebagai bersamaan dengan penjara selama 20 tahun. Sudah pasti ia tidak adil apatah lagi tempoh 20 tahun itu juga boleh dipendekkan dengan kelakuan baik atau pengampunan. Tempoh penjara itu langsung tidak prihatin berkenaan nasib, perasaan dan kehidupan keluarga mangsa. Bagaimana pula keluarga mangsa yang hilang tempat bergantung dan punca rezeki? Siapa pula yang akan menggalas tanggungjawab menyara keluarga mereka?


Islam memberi penyelesaian yang bijak dalam hal ini. Pembunuhan dikategorikan dalam kes qisas. Hukuman qisas adalah hukuman yang sama dan seimbang dengan kesalahan dilakukan. Ia bukan kesalahan terhadap negara tetapi kesalahan terhadap keluarga mangsa. Keluarga mangsa boleh memaafkan kesalahan itu.

Keistimewaan qisas ialah pihak yang kena tuduh boleh merayu kepada keluarga mangsa supaya dapat digantikan hukuman dengan ganti rugi atau diyah. Jika kedua-dua pihak bersetuju maka ganti rugi boleh menggantikan hukuman qisas.

Mungkin inilah yang disebut Allah dalam firman bermaksud: Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran supaya kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah ayat 179)

Sayyid Qutb menafsirkan ayat ini sebagai suatu hikmah bagi merangsangkan dalam hati mereka dan menggerakkan perasaan takwa yang menjadi injap keselamatan persoalan orang yang mati dibunuh.

Nyawa seseorang manusia tidak dapat dinilai, tidak ada seorangpun mempunyai kuasa memberikan nyawa kepada seseorang dan tiada seorangpun mempunyai hak mengambil nyawa seseorang melainkan seperti diperintahkan.

Pembunuhan dalam Islam adalah jenayah yang besar. Hal itu dapat dilihat dalam surah Al-Maidah: 32 bermaksud: Barang siapa membunuh manusia bukan kerana ia membunuh orang lain atau melakukan kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia telah membunuh manusia seluruhnya dan barang siapa yang memelihara nyawa seorang manusia, maka seolah-olah ia memelihara nyawa manusia seluruhnya.

Begitu juga dalam surah al Anam ayat 151 bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan suatu sebab yang benar.

Dengan adanya qisas, keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang sudah mati tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap diteruskan.

Hukuman qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia daripada bahaya pembunuhan yang kian menunjukkan peningkatan. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam.

Mengikut Ibn Rusyd dalam kitabnya, Bidayah al Mujtahid, ulama sepakat mengatakan kadar diyah bagi pembunuhan disengajakan adalah 100 unta. Tetapi ulama berbeza pandangan mengenai jenis unta yang perlu dibayar itu.

Imam Shafie berpendapat 100 unta yang mahal harganya hendaklah terdiri daripada 30 ekor hiqqah (unta betina berumur tiga tahun), 30 ekor jadzaah (unta betina berumur empat tahun) dan 40 ekor khaalifah yang bunting (unta betina yang berumur lebih lima tahun).

Jika melihat jumlah diyah ini, kita dapati pembayaran diyah dapat menjamin kehidupan keluarga mangsa yang telah kehilangan orang tersayang. Mungkin inilah yang dinyatakan Allah bahawa dalam qisas itu ada suatu jaminan kehidupan.

Berbeza dengan hukuman undang-undang sivil yang hanya mementingkan hukuman saja dengan harapan hukuman itu dapat mengekang perlakuan jenayah, qisas memberi alternatif lebih baik dengan menjamin kehidupan keluarga mangsa yang ditinggalkan itu.
0

~..Peguam Syarie Menulis: Aidilfitri menyatukan semula insan dilanda krisis..~

Jadikan bulan mulia untuk bermaafan, kembali bermuhasabah diri dan renung kesilapan

PERNAHKAH anda menyambut lebaran tanpa isteri tersayang di sisi atau menyambut lebaran dalam keadaan hubungan dengan pasangan bagai telur di hujung tanduk?

Adakah lebaran kali ini disambut tanpa suami atau anak-anak di sisi?

Keadaan ini mungkin dirasai pasangan yang sudah bercerai atau sedang menghadapi krisis rumah tangga dan mungkin akan bercerai.
Keadaan ini sudah atau akan dialami isteri yang suaminya mengamalkan poligami dan lebaran tahun ini bukan gilirannya.
Keadaan ini juga pernah dan mungkin dialami ibu atau bapa terpaksa berpisah dengan anak kerana berlaku perceraian.
Bagi anda yang pernah melalui pengalaman ini, walaupun pahit, namun ia mempunyai hikmah tersembunyi yang hanya dalam pengetahuan Allah.


Menyusuri sejarah Aidilfitri, ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat masyarakat di sana merayakan dua hari raya diwarisi sejak zaman jahiliah iaitu ‘Nairus’ dan ‘Nahrajan’ dengan mengadakan pesta, majlis tari-menari, minum arak serta hidangan juadah mewah.

Rasulullah SAW tidak menghalang terus masyarakat berhari raya tetapi Baginda mengubah sambutan perayaan ke arah lebih bermanfaat dan menjadi suatu ibadah kepada Allah.


Diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasai yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menukar kedua-dua hari raya dengan hari besar yang lebih baik iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.” Nilai baik daripada kedua-dua hari raya ini ialah mewujudkan hubungan antara hamba dengan Tuhan Yang Maha Pencipta dengan bertakbir dan silaturahim sesama makhluk melalui amalan bermaafan.


Pada hari raya juga kita menunjukkan simpati kepada golongan tidak bernasib baik dengan membayar zakat fitrah, bersedekah, bermaafan antara satu sama lain supaya manusia terhindar daripada perpecahan dan permusuhan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakanmu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan dari kedua-duanya Allah mengembang biak lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang (dengan nama-Nya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu.” (Surah An-Nisa’, ayat 1)

Sempena hari yang mulia ini, marilah bersama bermaafan, buang yang keruh ambil yang jernih. Biarlah keruh di hulu kita jernihkan di muara. Bagi pasangan yang sudah bercerai, usahlah jadikan perceraian sebab untuk terus membenci satu sama lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)


Pasangan yang sedang menghadapi krisis, jadikanlah Aidilfitri sebagai pencetus untuk bermaafan antara satu sama lain, kembali bermuhasabah diri dan merenung kesilapan dilakukan serta berusaha untuk mengubahnya.
Masih belum terlambat untuk memulihkan kerukunan dan menyelamatkan rumah tangga yang sedang diuji Allah.

Menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain adalah salah satu ciri ketakwaan kepada Allah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa; iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang berbuat perkara baik.” – (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Isteri yang suami tiada di sisi sewaktu lebaran, bersabarlah dan anggaplah ini suatu ujian Allah Hakikatnya, anda kuat untuk menerima ujian.

Kepada yang membenci wanita lain dikatakan ‘merampas’ suami anda, tidak akan rugi apa-apa jika di Aidilfitri ini anda beri kemaafan kepada wanita itu. Dendam terhadap perkara lampau sehingga menjejaskan hubungan sebenarnya menyalahi perintah Allah untuk mencintai sesama muslim.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.” – (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Buat ibu bapa yang sebelum ini menjadi pemutus atau penghalang bapa dan ibu anak anda berjumpa, jadikanlah Aidilfitri sebagai titik noktah. Usahlah anda jadi pemutus silaturahim kerana hubungan ibu bapa dengan anak tidak terputus.

Hindarkan diri menjadi rakan kepada Iblis Dasim yang sangat benci kepada rumah tangga yang rukun dan bahagia, sebaliknya mengajak suami isteri melakukan kemaksiatan terhadap Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” – (Surah al-An’am)


Marilah bersama mencipta sejarah kebaikan pada hari lebaran mulia ini. Setidak-tidaknya untuk kita kenang di usia tua, diceritakan kepada anak apabila mereka besar kelak dan paling penting, mendapat keampunan dan keredaan Allah.
0

~..Kawan..~


Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’. Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. Eh..kenapa berkawan je boleh beribu.
kata kalau berkasih pun beribu-ribu? Oppss… rasanya kalau berkasih pun beribu mahu jadi Perang Dunia Ke Sebelas jadinya!

Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati.

Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.

Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita.

Mari kita renungkah sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik………..

~Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.
~Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
~Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
~Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
~Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.
~Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
~Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.
~Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.
~Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.
~Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.
~Sentiasa mendoakannya
~Merasa gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesusahannya.
~Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
~Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.
~Berterima kasih atas kebaikannya.

Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik.

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak sempurna iman kalian sehingga engkau saling berkasih sayang. Para sahabat berkata: Kami sudah saling kasih sayang. Nabi bersabda: "Bahwa sayang yang dimaksud di sini bukan saja sayang sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkup terbatas, tetapi sayang (yang dimaksud) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. (HR. Ath-Thabrani)

Kerananya Rasulullah SAW mendidik manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang kepada semua yang melata di muka bumi. Beliau bersabda:

Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit (yakni para malaikat). (HR. Thabrani)

1

~..Ilmu dunia, ilmu akhirat..~

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang inginkan dunia,
maka adalah dengan ilmu,
siapa yang inginkan akhirat,
adalah dengan ilmu,
dan sesiapa yang ingin kedua-duanya,
juga dengan ilmu."
salam.. first entry ku after raya.. da lama sgt da xjenguk blog ku ini..
Rasulullah s.a.w juga bersabda: "Uthlubul 'Ilma Walau bish Shin" (Carilah ilmu walaupun ke negeri China)
"Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga sampai ke liang lahad" - sodako Rasulullah
0

~..mulakan pagi raye dgn gelak ketawa..~

P/S: korang kena baca part 1 dulu tau..kalo x korg xphm sgt cite ni n xtau nape aku cakap lawak.hehe


Bukan abang x sayang
PART 2:


Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene fahamketa tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cumajgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukanapa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang


love,abang


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....

Itulah namanya Cinta...
0

~..mulakan pagi raye dgn gelak ketawa..~

salam..
selamat ari raye semua? da smayang subuh pg td? mandi sunat ari raye? jap g da nak g smayang raye lak..

di pagi yg mulia ni mari lah kite bermaaf-maafan sesama kita..
n jom kite ceriakan pagi raye kite ngan cite di bawah :)


Bukan abang x sayang

PART 1 :


dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kekampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang inginayang luahkan disini...kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3bulan yang lalu dah masuk 3 malam...abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayangletakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dariharga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampakberkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang belikat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jagamaintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawaabang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anakmacam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenekdepa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lamasekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANGABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,ayang


skang jom kite baca surat dari somi dia lak:p
0

~..Nasib Mereka Tidak Sama..~

Di kala kita bersuka ria Bersama merenung bulan purnama di keheningan malam Di saat kita mengucapkan kata-kata cinta Di ketika waktu kita bergelak ketawa Tidakkah terdetik di hati kita Insan lain harus bertarung nyawa hanya untuk mendapatkan sesaat nafas Insan lain terpaksa bertarung maut demi pertahankan maruah agama Demi menjaga nama bangsa kita Pernahkah kita sedari bahawa semua milik kita hanyalah sementara Harta, pangkat dan nafsu menjadikan perjuangan kita terbatas.

Tidak terdetikkah kita betapa merananya mereka Mungkin pada zahirnya semuanya nampak kuat Namun di hatinya siapa yang rasainya? Mereka membungkus kesedihan lalu dicampakkan ke seberang Agar mereka bisa berjihad fisabilillah Tiada yang dapat memusnahkan azam mereka Sehingga titisan darah yang terakhir Mereka melaungkan kalimat agung Kalimah ALLAHUAKBAR!!! Sehingga bergetar seluruh jiwa raga Sedarkah kita nasib mereka tidak seperti kita Kita bermewahan Mereka hanya berbumbungkan langit Berlantaikan bumi Bertingkapkan angin yang bertemankan debu Mengapa sukar sekali untuk kita bangun hanya untuk menyembah Allah? Sedang mereka sanggup menyembah Allah sedang dalam keperitan Sedang dalam kelaparan Dalam peperangan yang jauh sekali akan tamat.

Sedarlah insan Nasib mereka tidak serupa kita Doakan mereka Kirimkan kata-kata semangat buat mereka!!!

Renungkan hadis ini:

Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat Islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan). Seorang sahabat bertanya: "Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu Ya Rasullah?" Baginda menjawab bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha' (sampah sarah dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit AL-WAHN." Seorang sahabat bertanya pula, Ya Rasullah, apakah itu AL-WAHN?" Jawab Rasullah: "cinta kepada dunia dan takut mati." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Umat Islam semakin lemah pegangan akidahnya, maksiat berleluasa, gejala pembuangan bayi seperti sudah menjadi kebiasaan selepas terlanjur,sembahyang di pandang remeh (mudah untuk ditinggalkan dan melewat-lewatkan solat), lebih mementingkan nikmat dunia yang sementara dari akhirat, mulut mudah untuk bercakap perkara yang sia-sia dan perkataan yang tidak manis didengar dari melafazkan zikir kepada Allah sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang tidak terhitung oleh kita, aurat tidak ditutup dengan baik mengikut Islam dan lain-lain lagi... Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat..

Rakyat Palestin menyambut ramadhan dalam suasana yang berbeza dengan kita di Malaysia ini. Pernahkan kita terfikir, jika Malaysia ini adalah Palestin??? Dapatkah kita bergelak tawa dengan sesama manusia seperti sekarang???Sama-sama kita fikirkan."Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Kita akan mengingati dan mencari Allah bila kita di dalam kesusahan, tapi semasa kita diberikan nikmat oleh Allah SWT, apakah kita bersyukur??? Ingatlah mati itu pasti. Jangan fikir kita masih muda, kita dapat hidup sehingga tua, ajal akan tiba apabila sampai masanya, sama-sama kita perbanyakkan amal dan memohon keampunan dari Allah SWT. Manfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. Ramadhan adalah hadiah dari ALLAH untuk hamba-NYA iaitu kita...


ingatlah orang yg kekurangan dan kesempitan berbanding kita..dalam kita bergembira menyambut aidilfitri, tiada salahnya kite menghulurkan sedikit bantuan utk mereka.. moga mereka pon dapat bersama2 kita merayakan ari yg bahagia ini..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN..

sekian
0

~..Rabbighfirli Warhamni..~

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN..

semasa duduk antara dua sujud Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah:

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita..

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.
0

~..Taubat di Pinggiran Hati..~

Saudara2ku..
pinjamkan masa mu 5minit utk kita berkongsi ilmu..adakah kita sedar ini semua?

Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat.

Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa? Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan.

Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati. Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, “ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita? Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil. Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati.

Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, “Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.” Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali. Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah! “Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” (An-Nisaa’: Ayat 27-28)
0

~..Kekadang Kita Tak Terfikir Pun..~

R E N U N G-RENUNGK A N:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong .....

T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...

'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.

Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... .....

infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: 'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.' Sekian untuk ingatan kita bersama.


Wassalam.

sebar2kanlah
0

~..Kisah Renungan: Dakwah Solat..~

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulaihari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.
0

~..Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan..~

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..... Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***


"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak"


**** PENONTON TERCENGANG! ****


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive, hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, hehe...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,


Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?

Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka? Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."

"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."

"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."

"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu.

"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??

Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?

Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.

Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.

Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.

Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?

‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.

‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group,

‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.‘

Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.

‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****


"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****


"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

**** BLACKOUT, TUTUP TV ****

0

~..Norman-Memey xkawen lg rupenye..~

gamba of coz la curik kt google:p


salam..

sory la yek..aku bkn niat nak ngumpat di bulan mulia ni..tambah lg ni da pnghujung Ramadhan..

tp juz curious sket jek pasal sepasang kekaseh ni.. dolu2 dgr dorg ni kawen senyap2.. then arituh aku dengar2 lagi memey de kkaseh baru nak tinggalkan norman..

aku xlayan sgt cite artis ni..tp makcik aku la kaki kepoh..asal de gosip baru je ha mula la bangga2 cite kt aku.. aku dengar jola nak amek ati dia.hakhakhak

tp ni yang paleng2 latest r aku baca sdiri.. norman ngan cik memey kite 2 bakal tunang raye ke-4 ni.. kalo betol da jodoh dorg kite doa jela moga kekal n bhagia dunia akhirat..kawen bkn utk dunia je yek..

aku xsuke ngan dorg narnye..yela kalo awal2 dorg kapel dulu stat ngan mende2 baek xpe gk.ni starting pon da xbes..tambah g masalah ngan cik abby..sebab aku soka akak abby kite.hehe.. tp dgr nye abby pon da de pengganti..ye dok eh? aku pon xtau sgt tol x gosipan2 ini.. kite doakan moga dorg sume bahagia jela yek:)


currently mode: sok luse aku balek kampung nak bangga2 ngan macik aku psl kapel nih.hehe
0

~..entry xmenyempat..~

gabo godek2 google


salam..

da lama rasanye xcite psl diri sendiri.. sedikit bizi.. so masa yg ada pon membaca sedikit ilmu dan berkongsi ngan saudara2ku semua..

arini da 3hb..4hb balek kampung..horray! da lama tggu tau.. org laen sume da balek awal.. abes kelas 2 da de yg balek.. tp tpakse bkorban sket almaklum la adekku de test..kang aku balek awal nanges lak dia sorg2 kt KL nih.. pg sabtu ni pon de test g.. tp kami balek malam..

n utk makluman sesapa yg belom tau even aku tau almost sume tau yg tiket balek raye ke Pantai Timur ni selalu cepat abes, kami da beli tiket 2minggu sebelom puasa.. semangat x? 2pon da dapat tiket bas tambahan tau.. kito naik bas jah..xdop pitis eh nok naek flite.huhu

utk semua yg sudi menjengah blog ini terima kaseh byk2.. aku wat blog ni utk share ilmu..at least dapat la jugak saham akhirat ngan aku wat blog ni.. n utk sesape yg rasa nak share gak, silakan..

"sampaikanlah walau dengan satu ayat", Hadis..

bila da kt kampung nanti for sure lah bizi.. kalo sempat aku akan hupdate kan story mori life aku menjelang raye.. byk ni plan dalam pale otak nak wat bila blk nanti.. de dlm 5ari sebelom raye.. n cadangnye nak setelkan kemas umah sehari sblm raye.so mlm raye leh tdo awal n dpt bgn awal pg raye..

maklum r ma abah ku org bisnes.. bizi semedang jek.. nak kena tolong kt kedai gi nanti..besenye kami malam raye 2 la bru nk kemas umah.tdo pon cm xtdo r.huhu

pepun aku wish kt korg sume

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

MAAF ZAHIR BATIN..

pada yg memandu, berhati2 di jalan raya.. don't drink n drive..puasa kan.ps buke bole la.hehe

0

~..Kenapa Wanita Menangis?..~

gamba ehsan google

salam..
slmt pagi sume.. ni nak share sket.. time aku duk godek2 fesbuk membe jumpe la cite nih.. pas kaji2 tol jugak.. so aku share lak kt korang.. enjoy reading..


hari ni kita nk bincang sikit tentang air matawanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.


ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."


jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah ini cara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nangis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengertiLewat tutur lembut dan laku agungKarena wanita ingin dimengertiManjakan dia.. dengan kasih sayang"



jazakallah..
safwan saharim
10 Ramadhan 1431


currently mode: suke2:)
0

~..AC Mizal dpt Datuk?..~

gamba google2 ler:)


tol ke pe yg aku dgr ni?cam xcaye lak..bkn ke nak dpt gelaran datuk 2 kena ade jasa kat negara?huhu..
pepun tahniah aku ucapkan kt bakal Datuk AC Mizal.. Sultan Pahang ek nak bagi pangkat 2?
Datuk CT ngan Datuk Chef Wan kita pon baginda gak yg bagi kan? murah ati btol la Sultan Pahang nih..
pasni sape lak yg dapat Datuk yek?kite tunggu dan lihat :)
pasni panggil Datuk ACM kot kan? :p

currently mode: sume dapat datuk..aku bila yek?haha
0

~..UNTUK SI PEMAKAI CINCIN..~

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah..

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info..

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangandengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian!!

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

currently mode:aku pkai kt jari tgh coz cncin longgar..pasni balut ngn tisu.hehe
1

~..LUASNYA NERAKA..~

salam..
sempena bulan baru ni marilah kite tambahkn sket ilmu akhirat kite..
tambah lg Ramadhan da hampir pegi meninggalkan kite..
ni de sket ilmu yg sgt2 penting utk kite umat islam akhir zaman..
bacalah..


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!

Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


currenyly mode:insaf:'(
 
Copyright ©
~..dear diary..~